Tuesday, April 21, 2009

Tuesday, January 27, 2009

TAHUKAH ANDA??

Penduduk Malaysia terkini berjumlah 27.73 juta orang.Daripada jumlah tersebut, 49% adalah golongan wanita. 40% adalah mereka yang didatangi haid pada setiap bulan(kira-kira 11 juta orang).

Daripada 11 juta wanita,hampir 90% adalah mereka yang mengalami masalah sakit puan terutamanya berkaitan haid.Antara masalah yang begitu ketara adalah senguggut,keputihan, jangkitan kuman, prolaps, endometriosis, cyst, kegatalan, ketuat, fibroid dan bermacam lagi.

Masalah sakit puan tersebut jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan masalah yang lebih kritikal seperti kemandulan, kanser servik dan rahim. Antara punca utama masalah tersebut timbul adalah disebabkan pemakanan, keturunan dan pemakaian produk.

Ramai wanita tidak sedar bahawa penggunaan produk tuala wanita yang terdapat secara meluas di pasaran juga menjadi salah satu punca masalah sakit puan yang mereka hidapi.Sebahagian besar produk tersebut secara jelas diperbuat menggunakan kertas kitar semula dan pulpa kayu.

DIOKSIN- PEMBUNUH WANITA ALAF BARU

APAKAH DIOKSIN??

Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya.Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic.Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini.Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser).Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara,kanser usus,endometriosis,kanser ovari,keguguran dan pelbagai masalah puan yang lain.

KAITAN DIOKSIN DENGAN WANITA.

Kertas buangan,agen peluntur yang berkarsinogen,agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran.











Gambar Kertas Terpakai (Recycle Paper) Dan Peringkat-Peringkat Pemprosesan Pelunturan/Pelembutan Kertas Untuk Bahan Asas Tuala Wanita Dan Lampin Pakai Buang Bayi

Kertas buangan seperti kertas kitaran semula,kertas tebal,kotak,pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan bebas penyakit.Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses.Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin.



WAHAI KAUM WANITA!! MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT